Kari Ayam memang sesuai dibuat hidangan makan tengah hari atau malam. Istimewanya Resepi Kari Ayam Goreng Dengan Kentang ini, ia menggunakan ayam dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu jadi rasanya nanti agak keranggupan.
Kalau ada ayam goreng lebih yang disimpan dalam peti sejuk tu, cepat-cepat keluarkan dan cuba resepi ini. Anak anak pasti suka.
Resepi Kari Ayam Goreng Dengan Kentang
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (digoreng terlebih dahulu)
10 biji bawang merah (6 dikisar + 4 dihiris)
5 ulas bawang putih (3 dikisar + 2 dihiris)
halia
cili padi
serai (diketuk)
daun kari
bawang Holland (dihiris)
rempah kari
kentang (potong bentuk wedges dan goreng)
Cara Memasak
1) Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris bersama dengan serai dan daun kari.
3) Apabila dah naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4) Kemudian masukkan rempah kari, air dan garam. Biarkan mendidih. (air tak perlu banyak, cukup untuk bagi rempah kari masak sahaja)
5) Akhir sekali masukkan ayam dan kentang.
Dah siap masak.
Anda tak perlu risau, ayam tak cukup masak atau kentang masih keras kerana kedua-duanya telah dimasak lebih awal. Jadi kalau rasa tak cukup masa nak masak ke apa, boleh goreng ayam dan kentang lebih awal sehari. Ataupun beli je ayam dan kentang goreng frozen, goreng dan masukkan dalam kari...mudahkan.
Jadi anda tidak ada alasan untuk tidak mencuba Resepi Kari Ayam Goreng Dengan Kentang ini.
sumber: resepi masakan ayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan