Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap

Teringin nak buat puding untuk minum petang nanti? Apa kata anda cuba Resepi Puding Jagung Kastard Sedap. Proses membuatnya sangatlah mudah dan cepat. Kalau ada bahan-bahan kat dapur, apa tunggu lagi. Jom mula memasak.

Tapi sebelum tu, semak dulu senarai bahan-bahan yang diperlukan di bawah ini, kot-kot ada yang terlepas pandang kan.

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap


RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD SEDAP

Bahan-Bahan:

1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat (susu cair)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air - guna ukuran tin susu sejat tadi
pewarna kuning - (tak nak letak pun tak apa sebab warna dari tepung kastard pun dah kuning.

Cara Membuat Puding Jagung Kastard Sedap

1) Mula-mula masukan gula dan tepung kastard di dalam periuk dan kacau rata. Selepas itu masukan susu sejat dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. Kalau nak rasa yang lebih berlemak, tambahkan santan. Kalau tak suka puding yang lemak sangat, tak perlu letak santan.

2)Kemudian masukan air dan garam secukup rasa. Kacau sehingga tidak berketul. Boleh letakkan sedikit pewarna kuning kalau anda nak.

3) Nyalakan api (api jangan terlalu besar ye.) Anda kena rajin kacau adunan kastard tu sehingga masak. Kalau tak kacau nanti akan jadi berketul

4) Bila dah pekat dan berkilat, maksudnya kastard dah masak. Tutup api dan angkat kuali. Tuangkan adunan kastard dalam loyang dan ratakan.

5) Biarkan sejuk seketika kemudian baru masukkan dalam peti sejuk

6) Bila dah betul-betul sejuk, bolehlah dihidangkan. Makan dengan aiskrim atau buah-buahan pun sedap ni.

Jangan lupa mencuba Resepi Puding Jagung Kastard Sedap ini ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard