Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Mi Goreng Basah Special

Anda suka makan mi goreng? Ingin cuba buat sendiri mi goreng basah yang sedap untuk menjamu tetamu yang bakal berkunjung atau sebagai menu untuk memikat hati bakal suami? Apa kata anda cuba Resepi Mi Goreng Basah Special ini. Kalau masak dengan kasih sayang, gerenti licin pinggan sesiapa yang mencubanya.

Resepi Mi Goreng Basah Special

Bahan-bahan:
Mi kuning
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
3 cawan air
10 biji bebola ikan, dipotong separuh
Udang
Sotong, dipotong bulat
½ ikat sawi, dipotong satu inci panjang
Sayur lobak
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah, dipotong kecil




Cara Memasak Mi Goreng Basah Special:
  1. Mula-mula sekali panaskan minyak dan masukkan cili boh, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Goreng seketika sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong, udang dan bebola ikan. Goreng seketika sehingga sebati dengan sos.
  3. Tambah air dan masukkan sedikit garam sebagai penambah rasa.
  4. Kemudian masukkan mi kuning dan goreng sehingga sebati.
  5. Selepas itu masukkan lobak dan sawi. Teruskan menggoreng sehingga sayur agak kelayuan.
  6. Jika mi nampak agak kering, tambahkan sedikit lagi air.
  7. Dah siap. Bolehlah dihidangkan bersama cili merah potong.
Mi Goreng Basah Special ini memang sedap kalau dimakan ketika masih panas. Selamat menikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard