Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Kerabu Mempelam Kecur Liur

Kalau sebut mempelam muda cicah dengan kicap pedas, memang ramai yang kecur liur dibuatnya. Betul tak? Untuk resepi kali ini, kita belajar cara buat Resepi Kerabu Mempelam Kecur Liur.

Nak tahu sedap ke tidak, kenalah cari mempelam telur muda terlebih dahulu.

Resepi Kerabu Mempelam Kecur Liur

Bahan-bahan:
Mempelam telur muda
Bawang merah
Cili padi
Cili flake (kalau tak ada pun tak apa)
Kacang tanah (disangai)
Udang kering (digoreng)
Belacan
Gula perang secukup rasa
BAHAN SOS:
Kicap sotong (Nak guna kicap lain pun boleh je)
Madu

Cara Menyediakan Kerabu Mempelam
1. Mula-mula sekali potong mempelam nipis-nipis dan rendam  dalam air sejuk.
2.  Selepas itu potong bawang merah dan cili. Campurkan cili flake, belacan dan gula perang.
3.  Gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain( termasuk sos). Cuma udang kering je jangan dimasukkan dahulu. 
4.  Gaul sekali lagi sehingga sebati dan akhir sekali barulah masukan udang kering. 
5.  Dah siap dan sedia untuk dinikmati.

NOTA KRS:
  • Untuk menyediakan sos, anda hanya perlu campurkan kicap sotong dengan madu dan masak sehingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum di gaul ke dalam kerabu.
  • Setiap bahan yang digunakan adalah mengikut citarasa anda, kalau sukakan pedas, lebihkan cili. Kalau tak suka belacan, boleh juga kalau tak nak letak sebab udang kering pun dapat memberikan rasa yang sedap.
Apa tunggu lagi, cepat petik atau beli mempelam telur dan cuba Resepi Kerabu Mempelam Kecur Liur ni. 

sumber: majalah rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard