Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Cucur Kembung Lemak Manis Viral

Kenapa Resepi Cucur Kembung Lemak Manis Viral dan semakin ramai yang nak cuba buat? Apa yang sedap atau specialnya cucur kembung lemak manis ni?

Anda dah cuba buat? Kalau belum, apa kata anda buat untuk hidangan minum petang nanti. Tak ada resepi? Nah KRS kongsikan resepi ini dengan anda.

RESEPI CUCUR KEMBUNG LEMAK MANIS VIRAL

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 sudu besar gula (boleh kurangkan)
1/2 cawan susu manis atau santan
1/2 sudu teh garam
 
Cara Memasak:

1. Mula-mula sekali campurkan tepung gandum, gula, susu manis dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati

2. Selepas itu masukkan air panas dan kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika.

3. Setelah adunan sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan berbentuk bebola. 

Nota: Ketika membentuk adunan, ia akan melekat di tangan. Jadi untuk memudahkan proses ini, anda perlu basahkan sedikit jari agar doh tidak melekat pada tangan.

4.   Selepas kesemua adunan siap di bentuk menjadi bebola, panaskan minyak untuk menggoreng.

5.   Setelah minyak panas, kecilkan sedikit api agar bebola yang digoreng mendapat warna keperangan yang menarik dan tak cepat hangus.

6.   Siap menggoreng, angkat dan toskan minyak.

Dah siap Resepi Cucur Kembung Lemak Manis Viral ini. Boleh dimakan panas-panas. Cicah dengan kari atau sos cili pun boleh. 

Selamat mencuba

sumber: majalah rasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard