Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Udang Masak Lemak

Apa istimewanya Resepi Udang Masak Lemak sampai ia menjadi menu kegemaran keluarga Cik Mila orang kampung seberang sungai. Katanya udang masak lemak ini menjadi menu wajib yang perlu di masak sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Mujur Cik Mila baik hati nak berkongsi rahsia Resepi Udang Masak Lemak ini dengan KRS dan pembaca KRS sekalian bolehlah cuba memasaknya nanti. Kalau sedap jangan lupa hulur sepinggan nasi dengan udang masak lemak dekat KRS tau.


RESEPI UDANG MASAK LEMAK

Bahan-Bahan
500g udang sederhana besar
5 cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
1 inci kunyit
1 inci halia
daun kunyit
3 sudu minyak masak untuk menumis

Cara Memasak Udang Masak Lemak Yang Sedap
1) Mula-mula sekali bersihkan udang tanpa membuang kulit.
2) Selepas itu kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia.
3) Kemudian tumis serai yang telah diketuk bersama bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan santan.
4) Sekiranya kuah nampak terlalu pekat, anda boleh tambah sedikit air.
5) Kacau sehingga mendidih supaya kuah tidak bergumpal.
6) Akhir sekali masukkan udang, daun kunyit dan asam keping. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Dah siap. Udang tidak perlu dimasak terlalu lama nanti jadi keras pula.

Mudah kan nak sediakan Resepi Udang Masak Lemak ini. Makan dengan nasi dan ulam-ulaman memang sedap. Jangan lupa mencuba ye.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard