Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Rangup

Bagi pengemar ayam goreng, anda mesti cuba Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Rangup. Hanya 4 bahan diperlukan untuk menyediakan hidangan kegemaran ramai ini.

Selalunya budak-budak memang suka makan ayam goreng. Kalau dibuat sendiri, memang terjamin kebersihan dan kesegaran ayam tu kan. Selain dicicah dengan sos cili, anda boleh hidangkan ayam goreng ni bersama kentang goreng (fries), salad buah-buahan atau sayur-sayuran.



RESEPI AYAM GORENG ALA KFC YANG RANGUP

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 mangkuk tepung serbaguna berempah
2 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng

Cara Menyediakan Ayam Goreng yang crispy
1) Mula-mula sekali potong ayam ikut kesesuaian. Basuh dan toskan air.
2) Pecah telur dalam mangkuk dan pukul sedikit. Celupkan ayam ke dalam telur.
3) Selepas itu gaulkan ayam yang telah dicelup telur tadi ke dalam tepung serbaguna berempah.
4) Goreng dalam minyak yang panas sehingga ayam betul-betul masak.
5) Angkat dan toskan minyak.

Hanya lima langkah mudah untuk menyediakan ayam goreng yang sedap. Jadi apa tunggu lagi, cepat cuba Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard