Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah. Ayam Masak Merah memang sedap dan antara hidangan yang mudah disediakan untuk keluarga. Bahan-bahan untuk memasak Ayam Masak Merah mudah didapati. Jadi tak la pening nak keluar masuk kedai dan pasaraya untuk cari bahan memasak.

Bezanya Resepi Ayam Masak Merah kali ini ia menggunakan gula melaka sebagai pemanis masakan. Boleh guna gula putih tapi peratus kesedapan resepi ini akan berkurangan. Kalau nak tahu sedap ke tidak Ayam Masak Merah ini, kenalah cuba masak sediri. Di bawah ini senarai bahan-bahannya

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
Resepi Ayam Masak Merah Sedap Dan Mudah
1 ekor ayam (potong 12)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 tangkai daun kari
sos cili
sos tiram
serbuk kunyit
air asam jawa
gula melaka
garam
(untuk dikisar)
2 biji bawang besar
7 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
cili kering (ikut kepedasan)

Cara Memasak Ayam Masak Merah
1) Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
2) Selepas itu tumiskan daun kari dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau atau pecah minyak.
3) Masukkan air asam jawa dan kacau seketika.
4) Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
5) Masukkan beberapa sudu besar sos cili, sos tiram dan gula melaka. Kacau sebati.
6) Jika kuah nampak terlalu kering, bolehlah tambahkan sedikit air.
7) Biarkan mendidih sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris.
8) Sebelum tutup api tambahkan sedikit garam untuk melengkapkan rasa Ayam Masak Merah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard