Resepi Popia Simpul Serunding Untuk Raya. Popia Simpul Serunding selalunya merupakan sejenis kudap-kudapan yang seringkali dihidangkan ketika Hari Raya. Proses menyimpul kulit popia ini memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi. Namun hasilnya sangat berbaloi.
Untuk Resepi Popia Simpul ini intinya guna serunding ikan. Kalau tak suka ikan boleh guna serunding ayam atau daging. Untuk yang tak berapa terer buat serunding tu, boleh je beli yang dah siap. Tetapi kalau nak buat sendiri serunding ikan, ikut sahaja resepi di bawah ini.
Resepi Popia Simpul Serunding
Bahan-Bahan:
1 bungkus kulit popia
serunding ikan
minyak (untuk menggoreng)
Bahan-bahan untuk membuat serunding ikan
1 kg ikan kembung
3 keping asam gelugor
15-20 biji cili kering*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris nipis*
15 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 mangkuk minyak untuk menumis
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan Popia Simpul Serunding
Cara membuat serunding ikan:
1) Mula-mula rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isi ikan sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender dan ketepikan.
2) Kemudian kissar halus bahan bertanda (*).
3) Selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar halus sehingga pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat semasa memasak supaya serunding tidak cepat hangus.
4) Masak sehingga serunding kering. Sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.
Cara-cara untuk menyediakan popia simpul:
1) Mula-mula potong kulit popia kepada 8 bahagian dan tutup dengan kain lembab agar kulit popia tidak kering.
2) Seterusnya sudukan ½ sudu kecil serunding ikan dan letak di bahagian tengah kulit popia yang telah dipotong kecil tadi.
3) Gulung kulit popia secara memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah 1 - 3 sehingga kesemua kulit popia dan serunding habis.
4) Akhir sekali goreng popia dalam minyak sehingga kekuningan. Pastikan api tidak terlalu besar. Setelah itu angkat dan toskan. Setelah popia dah betul-betul sejuk barulah di masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Resepi Popia Simpul Serunding Untuk Raya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan