Resepi Biskut Almond London Kegemaran Ramai. Antara biskut yang popular ketika musim raya dalah Biskut Almond London. Boleh dikatakan kalau keluar beraya ke 10 buah rumah, sekurang-kurangnya 7 buah rumah ada biskut Almond London atas meja.
Mudah je nak buat Almond London. Jika anda tak derhaka pada resepi yang cik KRS kongsikan ini, Biskut Almond London yang dibuat nanti tentu sedap. Tetapi bagi yang dah terer buat kuih raya memang tak salah pun kalau nak derhaka pada mana-mana resepi. Yang penting bila memasak atau membaking, ikut citarasa sendiri dan buat dengan kasih sayang.
Resepi Biskut Almond London
130g mentega
70g gula kastor
1 sudu teh esen vanila
satu biji kuning telur
200g tepung gandum
25g tepung hoen kwe
kacang badam (secukupnya)
coklat masakan
kacang badam cincang (hiasan)
kertas cawan (paper cup warna hitam)
Cara Membuat Almond London
1) Mula-mula pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.
2) Kemudian tambahkan esen vanila dan kuning telur. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan kembang.
3) Seterusnya masukkan tepung gandum dan tepung Hoen Kwe dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
4) Selepas itu ambil sedikit doh dan isikan dengan sebiji badam. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
5) Susun doh berisi badam atas dulang pembakar yang telah disapu mentega. Bakar pada suhu 180℃ untuk kira-kira 20 minit.
6)Selepas bakar, keluarkan dari dulang pembakar dan biarkan sejuk.
7) Sambil menunggu biskut sejuk bolehlah anda cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.
8) Celupkan biskut sebiji demi sebiji ke dalam coklat yang telah dicairkan.
9) Masukkan ke dalam paper cup dan taburkan kacang badam cincang ke atasnya.
10) Biarkan coklat keras dahulu sebelum meletakkan dalam bekas atau botol kedap udara.
Dah siap. Selamat mencuba Resepi Biskut Almond London
Resepi Biskut Almond London Kegemaran Ramai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan