Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Daging Masak Hitam

Apa yang sedap sangat Resepi Daging Masak Hitam ini sampai menjadi menu pilihan setelah agak lama dapur Koleksi Resepi Sedap tidak berasap. Bukan sebab dah tak nak kongsi resepi tapi urusan peribadi yang menghalang.

Ramai juga yang bertanya, kemana Cik KRS menghilang. Tak nak kongsi resepi dah ke? Hari ini Cik KRS kembali menjadi penyelamat kepada anda yang buntu mencari resepi istimewa yang sesuai dimasak untuk keluarga tersayang.

Resepi Daging Masak Hitam


RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
1/2 kg daging (dipotong nipis)
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit gula
Sedikit garam jika perlu
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan untuk perapan daging:
5 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan untuk dikisar halus:
Cili kering (ikut pada citarasa kepedasan yang anda nak)
12-15 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih
1 inci halia
(Nota: Untuk mendapatkan aroma yang wangi, anda kena goreng dulu bahan-bahan ini tanpa minyak selepas itu baru dikisar)

Cara Menyediakan Daging Masak Hitam

1) Campur daging dengan bahan perapan dan perap selama setengah jam.
2) Panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3) Selepas itu masukan bahan-bahan yang telah dikisah tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
4) Kemudian masukkan daging yang telah diperap.
5) Tambahkan air asam jawa. Jika anda tidak suka masam, tambah air.
6) Masak sehingga daging empuk dan kuah agak pekat.
7) Akhir sekali tambahkan gula dan garam sebagai penambah rasa.

Dah siap. Sedap dihidangakn bersama nasi panas. Selamat mencuba Resepi Daging Masak Hitam ini.

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard