Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Soto Ayam Yang Simple Dan Sedap

Cik KRS nak berkongsi Resepi Soto Ayam Yang Simple Dan Sedap. Tengah berkemas tadi, perut pula terasa lapar. Kebetulan terjumpa koleksi resepi dari majalah, ada pula resepi soto.

Terus perut pun berkeroncong minta diisi. Kebetulan semua bahan-bahan untuk membuat soto ayam dah ada dalam peti sejuk, nak tunggu apa lagi ....jom kita masak Soto Ayam yang simple dan sedap ini. Eh belum masak dah tau sedap. Haruslah bila lapar, telur goreng pun boleh rasa chicken chop.

Resepi Soto Ayam

Resepi Soto Ayam
Bahan-bahan
So hoon
Kacang Tanah
Bawang Goreng
Telur Rebus
Ayam
Nasi Impit
Daun Sup
Cili Merah
Taugeh

Untuk Kuah Soto
Bawang putih
Bawang merah
Jintan putih
Jintan Manis
Buah Pelaga

Cara Memasak Soto Ayam Simple Dan Sedap

1) Sediakan nasi impit
2) Goreng so hoon dan kacang tanah sehingga kekuningan
3) Rebus telur dan taugeh.
4) Rebus isi ayam sehingga empuk. Racik halus-halus. Ketepikan air rebusan.

Cara Membuat Kuah Soto
Mula mula tumis kesemua bahan untuk kuah soto sehingga naik bau. Selepas itu tuang 1 liter air rebusan air tadi.

Cara Menghidangkan Soto Ayam
Masukkan nasi impit, so hoon, telur, taugeh dan isi ayam ke dalam mangkuk. Tuang kuah soto diatas. Dan hiaskan dengan bawang goreng, kacang goreng, daun sup dan hirisan cili merah.

Selamat mencuba Resepi Soto Ayam Simple

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard