Jom belajar Resepi Puding Gula Hangus. Puding gula hangus ini sesuai dijadikan penyejuk tekak untuk hidangan pencuci mulut. Hanya 6 jenis bahan diperlukan untuk membuat puding gula hangus ini.
Mulai hari ini, Cik KRS akan mula kongsikan koleksi resepi yang sedap untuk menu berbuka puasa pada bulan Mei nanti. Bolehlah anda semua share atau simpan resepi-resepi di sini untuk rujukan nanti.
Resepi Puding Gula Hangus Penyejuk Tekak
Bahan-bahan
(A)
100gram gula kastor
200ml air
(B)
500ml susu segar
100gram gula kastor
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara Menyediakan Puding Gula Hangus
1) Mula-mula masak bahan-bahan (A) sehingga keperangan.
2) Selepas itu tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
3) Pukul bahan-bahan (B) sehingga sebati
4) Tapis bancuhan untuk memastikan bahan-bahan tidak berketul.
5) Tuang bancuhan ke dalam acuan tadi.
6) Letakkan acuan di atas dulang pembakar yang diisikan air (teknik 'water bath')
7) Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 30 minit.
Selamat mencuba Resepi Puding Gula Hangus
Resepi Puding Gula Hangus Penyejuk Tekak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan