Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Sambal Goreng Kentang Dan Ikan Bilis

Jom cuba Resepi Sambal Goreng Kentang Dan Ikan Bilis yang menjadi sambal kegemaran ramai. Cik KRS pun suka sangat makan sambal goreng kentang ni. Bertambah sedap bila ikan bilis tu masih rangup. Makan dengan ulam memang membuka selera sangat.

Nampaknya blog Cik KRS ada masalah teknikal baru-baru ini. Nak tak nak terpaksa juga tukar nama dan url blog dari Koleksi Resepi Sedap kepada Online Resepi Sedap. Tapi biarpun bertukar nama, Cik KRS tetap akan kongsikan resepi-resepi yang sedap dan mudah dari pelbagai sumber untuk anda semua cuba sendiri di rumah.

Resepi Sambal Goreng Kentang Dan Ikan Bilis


Bahan-bahan
Resepi Sambal Goreng Kentang Dan Ikan Bilis
150gm ikan bilis (digoreng dan dikisar)
2 sudu makan cili kering (yang telah dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji ubi kentang (dihiris nipis dan digoreng)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak Sambal Goreng Kentang

1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
2) Selepas itu masukkan cili kering juga yang telah dikisar
3) Masak sehingga garing dan naik bau.
4) Selepas itu masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan dikisar. Ikan bilis goreng ni terpulang kalau anda nak kisar halus boleh, nak kisar kasar pun boleh. Atau tak nak kisar langsung pun boleh. Ikut citarasa sendiri. Yang penting ikan bilis tu kena goreng dahulu. Kalau tak goreng nanti tak sedap pula sambal ni.
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau rata dan tutup api.

Dah boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain. Mudah je kan nak buat sambal goreng kentang dengan ikan bilis ini. Anda juga boleh tambah tempe goreng atau kacang goreng untuk menyedapkan lagi hidangan ini.

Selamat mencuba.

sumber: majalah rasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard