Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Udang Bakar Sambal Kicap

Mudahnya Resepi Udang Bakar Sambal Kicap ni. Untuk anda yang mencari menu mudah tapi sedap boleh cuba sediakan udang bakar cicah sambak kicap. Kalau guna udang segar dan bersaiz besar mesti lagi sedap.

Untuk yang tak suka makan udang boleh gantikan dengan ikan atau sotong. Resepi ni ala-ala BBQ cuma tak menggunakan sos perapan jadi ia lebih mudah disediakan sebab tak perlukan banyak bahan. Apa yang penting menu ni memang cepat siap.

Resepi Udang Bakar Sambal Kicap

Bahan-bahan

Resepi Udang Bakar Sambal Kicap
Udang segar
Cili padi (dihiris)
Bawang kecil (dihiris)
1 cawan kicap
1 biji limau nipis

Cara Penyediaan

1) Mula-mula perap udang dengan sedikit garam dan ketepikan.
2) Sementara menunggu boleh sediakan sambal kicap.
3) Perahkan limau nipis dan campurkan dengan kicap.
4) Masukkan bawang dan cili padi yang telah dihiris.
5) Akhir sekali bakar udang yang telah diperap dengan garam tadi.

Bolehlah anda hidangkan udang bakar dengan sambal kicap. Makan bersama nasi dan timun atau pelbagai ulam-ulaman yang lain pun memang sedap ni.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard