Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Maggi Goreng Yang Simple Dan Sedap

Cik KMS nak berkongsi Resepi Maggi Goreng Yang Simple Dan Sedap. Kalau terasa lapar dan nak sesuatu yang cepat dimasak, sedap dimakan, lekaslah ke dapur dan masak maggi goreng.

Tiba-tiba ada tetamu kata nak berkujung. Takkan nak hidang air je kan. Nak masak yang special memang dah kesuntukkan masa. Nampak beberapa paket maggi kat dalam kabinet dapur. Terus buka peti sejuk cari bahan-bahan untuk masak Maggi Goreng Yang Simple Dan Sedap


Resepi Maggi Goreng Yang Simple Dan Sedap
Resepi Maggi Goreng

Bahan-bahan
3 bungkus Maggi Goreng
Sepaket bebola ikan (fishball)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sawi
Cili merah
Cili padi
Kicap pekat
Maggi Cukup Rasa
Bawang goreng

Cara Masak Maggi Goreng Yang Simple Dan Sedap
1) Panaskan air dalam periuk dan renehkan mi Maggi. Bila mi dah rasa lembut sikit, angkat dan toskan. Jangan biar terlebih masak, sebab lepas ni nak goreng lagi kan. Nanti mi jadi lembek pula
2) Tumis bawang putih dan selepas tu masukkan cili merah dan cili padi yang telah dihiris. Kalau nak lagi pedas, masukkan cili boh.
3) Lepas tu masukkan sawi dan bebola ikan yang telah dipotong. Biarkan masak seketika. Tambah sedikit air jika perlu. Tapi jangan banyak sangat, nanti jadi berkuah pula
4) Kemudian masukkan mi maggi.
5) Tambahkan kicap pekat dan perencah maggi. Kalau tak nak letak perencah, kena letak garam atau maggi cukup rasa.
6) Masak sehingga semua bahan dah sebati.

Selamat Mencuba Resepi Maggi Goreng 

kredit: Notawanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard